Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,,,Alhamdulillah dapat juga kali ni untuk membloging,,,sebenarnya dah 3,4hari ni kurang sihat..Tetapi digagahkan juga diri ini untuk buat kerja..Al-maklumlah nak senang bukan senang kan,,,Kena banyak korban kan masa..Sampaikan satu saat saya rasa ada yang tak kena pada diri ini,,Kepala dah rasa berat,rasa semua beban terkumpul dekat kepala je,,Badan rasa terhoyong hayang...Tak bermaya rasa..Bila baring di katil,si suami bagi tahu suruh rehat jangan terlalu banyak buat kerja..Tekana darah rendah tu,,,
Ok la,,kita pun rehat la sekejap,,Dia gerak pergi kerja semula,,kita pun bangun untuk solat,,,Uwaa,,,sakitnye kepala,,,,bahu rasa sengal-sengal..Mana boleh duduk diam,ada je benda nak buat,,, nak tahu x simpton-simpton tekanan darah rendah ni macam mana?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan di mana tekanan darah yang lebih
rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak
mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan
darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, buah
pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Berikut adalah tanda-tanda tekanan darah rendah
- Cepat lelah
- Pening kepala ketika posisi badan berubah
- Sukar untuk berkonsentrasi
- Mata berkunang-kunang
- Mual
- Kulit berasa dingin, pucat dan lembap
- Pernafasan cepat dan pendek
- Defresi
- Cepat haus
- Sentiasa letih
- Pening kepala atau pitam
- Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
- Warna kulit bertukar menjadi pucat
- Penurunan berat badan
- Kadar denyutan jantung yang cepat
- Lemah daya ingatan
Antara punca masalah HB low
- Kekurangan volum darah ~ cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
- Dehidrasi ~ Dehidrasi mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit
- Masalah jantung ~ Denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
- Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
- Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Bagi anda yang menghadapi masalah tekanan darah rendah, anda perlu
melakukan perkara-perkara berikut:
- Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
- Jangan berdiri terlalu lama
- Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
- Diet rendah karbohidrat
- Banyakkan minum air putih
- Hindarkan diri dari pengambilan alkohol
- Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
- Melakukan aktiviti senaman secara teratur
Risiko anemia di kalangan ibu hamil
1. Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
2. Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
Suplement yang saya ambil bagi atasi masalah tekanan darah rendah ni vit lea,b complex
dan vitamin c..sebenarnya saya makan juga vitamin-vitamin yang lain,,,Tapi ni memang set
khas untuk yang mengalami masalah tekanan darah rendah....
dan vitamin c..sebenarnya saya makan juga vitamin-vitamin yang lain,,,Tapi ni memang set
khas untuk yang mengalami masalah tekanan darah rendah....
① Vitalea
Vitalea merupakan multivitamin yang kaya dengan iron. Kita sedia maklum bahawa iron merupakan komponen utama untuk menambah darah. Iron terdapat di dalam makanan seperti daging merah. Jika kita mempunyai darah rendah, selalunya doktor akan sarankan untuk kita lebihkan iron dalam makanan. Namun, banyak mana je iron kita boleh makan. Contoh hati ayam dan daging banyak mana kita leh telan? Silap haribulan kita akan rasa loya tekak, dan buang balik. so, no point juga. Vitalea merupakan vitamin yang lengkap dengan 28 jenis mineral termasuk vitamin B12 yang boleh membantu di dalam pembentukan sel-sel darah merah. Selain itu, khasiatnya yang lain untuk tulang, gigi, gusi, pertumbuhan, penglihatan, tisu dan memetabolismakan lemak dan karbohidrat dalam tubuh juga tidak boleh disangkal lagi. Namun kat sini saya spesifik tekankan fungsinya yang utama iaitu untuk pembentukan sel darah merah
② Vitamin B
Buah yang mengandungi Vitamin B seperti tembikai, avocado, nenas, kurma dan pisang amat terkenal di dengan kandungan vitamin B yang tinggi. ia dikategorikan sebagai vitamin B kerana fungsinya untuk menyeimbangkan darah dalam badan. Terdapat 8 komponen utama di dalam Vitamin B shaklee, namun komponen yang paling utama untuk menaikkan darah adalah B12, B1 dan B6. B12 seperti yang terkandung di dalam vitalea iaitu untuk membantu pembentukan sel darah merah, B6 untuk menukar glikogen (tenaga yang tersimpan) kepada gula dalam darah. Manakal B1 pula untuk menukar glukosa dan karbohidrat kepada tenaga.
③ Vitamin C
Vitamin c nampak macam x kena mengena kan? Tapi kenapa ada dalam set ni? Ini kerana vitamin c membantu penyerapan vitalea dengan lebih sempurna. Jika anda ambil vitalea saja untuk naikkan darah, anda mungkin akan dapati darah tak naik2 pun, sebab penyerapan iron di dalam badan tidak sepenuhnya. Untuk memaksimumkan penyerapan, anda disarankan untuk mengambil sekali vitamin C ini supaya penyerapan vitalea dapat dilakukan 100%. Selain tu, fungsi lain vitamin c jangan cakaplah ye..memang banyak sangat…untuk cantik kulit, kuatkan imun sistem badan, bantu pembentukan kolagen, menyembuhkan alergi, luka dsb.. the list goes on.
Ok semua,,,ini sedikit sebanyak info yang saya dapat kongsikan pada anda semua,,,di harap ia dapat membantu anda yang mempunyai masalah tekanan darah rendah :),saya akan sambung entry seterusnya bertajuk risiko anemia di kalangan ibu hamil pada .Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak info pada anda-anda semua :).Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya ye :)
Anda layak menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 30%, dengan cara mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
KLIK KESITIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI
Anda mempunyai kekangan bajet? Jangan risau, hubungi saya dan saya boleh berikan resolusinya. Anda masih boleh dapatkan Set ini dengan HARGA TERBAIK!!
Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE ataupun ingin COD area Pekan Sg.Besi
Cheras,HUKM,dan kawasan yang berdekatan boleh hubungi puteri untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Puteri akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan