Flapping Purple Butterfly),auto; color: #ffffff; border-radius: 5px; }

Penjagaan Bayi Yang Pramatang Dan Kurang Berat Badan (Low Birth Weight (Lbw) )




Assalamualaikum semua ,hari ni saya nak berkongsi tentang kelahiran bayi pramatang.Saya yakin pasti ada ibu ayah yang pernah mengalami pengalaman ini bukan,,,Bayi pramatang atau tidak cukup bulan dikaitkan dengan kelahiran sebelum 37 minggu. Di Malaysia kelahiran pramatang dicatatkan biasanya 8%. Punca kelahiran ini masih belum diketahui, tetapi ia kadang-kadang diikuti dengan kandungan yang mempunyai komplikasi seperti tekanan darah tinggi semasa mengadung dan uri ke bawah.

Saya juga telah mengalaminya,Betul apa yang mak katakan pada saya,bersalin awal disebabkan uri saya ke bawah,,,Mau tidaknye aktif bebenar saya ni,,Tak sangka bersalin awal dari tarikh jangkaan bersalin,Tapi alhamdulillah walaupun bayi saya lahir pada kandungan 7bulan,dia sihat dengan berat 2.37kg :) .Dan bersyukur tidak dimasukan dalam inkubator.


S1 : Apakah definisi bayi yang kurang berat badan (LBW)?

Bayi yang lahir berat badan yang kurang daripada 2500 gram. Bayi yang berat badannya kurang daripada 1500 gram dipanggil Very Low Birth Weight (VLBW). Yang lahir kurang daripada 1000 gram di panggil Extremely Low Birth Weight (ELBW)

S2 : Apakah kekerapan berlakunya kelahiran yang LBW?
Di Semenanjung Malaysia pada tahun 1989 kadar kelahiran LBW ialah 8% (daripada jumlah kelahiran sebanyak 374,920) dan kadar kelahiran VLBW ialah 0.5%. Di hospital-hospital besar kadarnya lebih tinggi sebab tempat-tempat ini merupakan pusat kelahiran risiko tinggi, umpamanya di Hospital Bersalin KL, kadar kelahiran LBW (1991) ialah 11.6% manakala kelahiran VLBW ialah 1.4%. Dinegara-negara maju kadar kelahiran LBW antara 2-5%. Di Malaysia kadar kelahiran LBW paling tinggi di kalangan bayi India dan paling rendah dikalangan bayi Cina.

S3 : Apakah jenis bayi yang lahir LBW?

2/3 daripada bayi LBW adalah bayi yang lahir pramatang iaitu kurang daripada 37 minggu gestasi. 1/3 pula adalah bayi yang Small For Gestational Age (SGA); bayi yang kecil untuk umur gestasinya (berat badannya kurang daripada persentil ke 10 untuk gestasinya)

S4 : Mengapakah kita memberikan perhatian terhadap bayi yang LBW?

Bayi yang LBW merangkumi 60-70% kematian bayi-bayi pada minggu kelahiran yang pertama. Bayi-bayi LBW juga mengalami risiko yang tinggi terhadap berbagai-bagai jenis penyakit dalam beberapa hari pertama kehidupan dan juga pada jangka masa yang panjang.

S5 : Apakah sebabnya berlaku kelahiran yang pramatang?

(a)    Faktor-faktor seperti darah tinggi, kencing manis, pendarahan, pangkal rahim yang tidak kuat, pecahnya air ketumban secara pramatang (premature rupture of membranes), jangkitan kuman dan lain-lain.
(b)   Faktor-faktor janin seperti kelahiran kembar, janin yang tidak sempurna
(c)    Faktor-faktor berkaitan seperti keadaan sosio-ekonomi yang rendah, kurang penjagaan prenatal.
(d)   50% kes-kes kelahiran pramatang, kita tidak tahu apakah punca sebenarnya. Ia mungkin berkaitan dengan tekanan emosi ataupun jangkitan kuman dibahagian saluran kelahiran.

S6 : Apakah komplikasi-komplikasi awal yang mungkin berlaku ke atas bayi yang lahir pramatang?
(a)    Saiz – disebabkan saiz bayi yang kecil dan bekalan glikogen dan lemak yang kurang, mereka sering mengalami hipotermia (suhu badan < 35%)
(b)   Infeksi – sistem pertahanan mereka kurang matang dan paras immunoglobulin juga rendah, ini meningkatkan risiko dijangkiti infeksi
(c)    Sistem saraf pusat – Kadar apnea dan bradikardia tinggi daripada biasa. Kemungkinan mengalami pendarahan dalam ventrikel (IVH) meningkat. Bayi tidak menzahirkan refleks-refleks seperti menghisap dan menelan dan mereka perlu diberi susu melalui tiub ataupun cecair intravena. 
(d)   Sistem pernafasan – kurangnya surfaktan menyebabkan penyakit membran hialin. 
(e)    Sistem kardiovaskular – kadar persistent duktus arteriosus lebih tinggi 
(f)     Sistem gastrointestinal – kemungkinan berlakunya ileus dan necrotising enterocolitis (NEC) juga meningkat 
(g)    Hati yang kurang matang menyebabkan insiden jaundis yang lebih kerap 
(h)    Masalah metabolik – mereka lebih kerap mengalami hipoglisemia, hipokalsemia dan hipomagnesemia 

S7 : Apakah komplikasi jangka panjang yang mungkin dialami oleh bayi-bayi yang pramatang?

Kebanyakan daripada mereka akan membesar dan perkembangan mereka seperti bayi-bayi biasa. Tetapi terdapat beberapa komplikasi jangka panjang yang lebih kerap dialami oleh bayi pramatang jika dibandingkan dengan bayi yang matang dan tidak LBW 

(a)    Sistem urat saraf pusat – 10-15% bayi pramatang terutamanya yang kurang daripada 28 minggu gestasi dan berat badannya kurang daripada 1500 gram mengalami komplikasi palsi serebrum, terencat akal, epilepsi atau hidrosefalus natijah daripada pendarahan dalam ventrikal
(b)   Pembesaran – ada sebilangan kecil tidak membesar seperti sediakala (failure to thrive), mengalami rickets and anemia pramatang.
(c)    Sistem kardiovaskular – persistent duktus arteriosus (PDA) berterusan dan memerlukan pembedahan untuk mengikatnya.
(d)   Masalah iatrogenik – kesan sampingan oksigen kepada mata menyebabkan retinopati pramatang (ROP) dan kepada paru-paru menyebabkan bronkopulmonaridisplasia (BPD), dan jika bayi telah dibantu pernafasannya melalui tiub endotrakeal ia boleh menyebabkan stenosis subglotik.
(e)    Masalah psikososial – disebabkan rawatan yang lama diunit rawatan rapi bayi dan pemisahan diantara ibu dan bayi, ini boleh menyebabkan perhubungan yang kurang baik diantara ibu dan bayi dan boleh mengakibatkan bayi tidak disayangi, terbiar dan juga penderaan anak. Bayi-bayi pramatang juga kumpulan risiko tinggi mati tanpa sebab (sudden infant death syndrome)

S8 : Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan kelahiran small for gestational age (SGA)?
(a)    Faktor ibu – saiz ibu yang kecil, ibu yang umurnya kurang daripada 20 tahun ataupun lanjut daripada 35 tahun, ibu mengalami penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, sakit buah pinggang dan ibu-ibu yang mengambil dadah, merokok ataupun minum arak.
(b)   Faktor janin – seperti kelahiran kembar, masalah kromosom yang tidak seimbang, janin yang tidak sempurna, infeksi congenital seperti rubella dan virus sitomegalo
(c)    Faktor sosioekonomi – status sosioekonomi yang amat berkurangan dan kekurangan makanan.
S9 :  Apakah masalah yang mungkin timbul untuk bayi SGA ini? 
(a)    Risiko berlakunya kematian janin dan keguguran lebih tinggi daripada biasa  
(b)   Saiz-saiz mereka kecil dan kurangnya stor glikogen serta lemak meningkatkan kemungkinan hipotermia 
(c)    Asfiksia – mereka mengalami keadaan hipoksia yang kronik tatkala di dalam rahim dan proses kelahiran merupakan suatu tekanan terhadap mereka yang meningkatkan risiko mereka mengalami lemas (asfiksia) 
(d)   Sindrom aspirasi mekonium (Meconiumm aspiration syndrome – MAS) – proses hipoksia menyebabkan bayi ini mengeluarkan mekonium yang boleh masuk ke dalam paru-paru sibayi 
(e)    Polisitemia – hipoksia di dalam rahim juga menyebabkan ransangan kepada tulang sum-sum untuk mengeluarkan sel darah merah yang berlebihan. Ini menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan boleh menyekat saluran darah kepada organ-organ badan. 
(f)     Metabolik – kekurangan stor glikogen dan lemak juga meningkatkan risiko berlakunya hipoglisemia 
(g)    Pendarahan dalam paru-paru – kesemua faktor-faktor di atas boleh menyebabkan berlakunya pendarahan pulmonary

S10 : Apakah kesudahannya untuk bayi yang SGA?

Ianya bergantung kepada masalah dan komplikasi yang dialami pada permulaan hidup dan mutu rawatan intensif yang diberi kepada bayi-bayi ini. Secara umumnya kebanyakan mereka membesar seperti biasa dan perkembangan mereka juga normal. Terdapat segolongan kecil bayi SGA yang tubuh badan mereka terus kecil sekitar persentil ke 10.

S11 : Apakah prinsip-prinsip penjagaan bayi LBW?

Anda telah pun mengenali masalah-masalah yang mungkin timbul dikalangan bayi yang pramatang ataupun yang SGA, maka anda boleh mengatur penjagaannya dengan lebih khusus dan berkesan. Berikut adalah beberapa sasaran kejururawatan untuk setiap bayi LBW : 

(a)   Pemerhatian bayi yang rapi

Pastikan warnanya kemerahan dan tidak biru ataupun pucat. Pasangkannya kepada monitor ECG dan tentukan kadar nadinya diantara 120-160 seminit. Monitor itu juga akan menunjukkan kadar pernafasannya yang biasanya kurang daripada 60 seminit dan tentukan alarm apneanya pada 20 saat. Monitor saturasi perlu untuk memastikan saturasi oksigen diantara 90-95%. Pastikan tekanan darahnya normal, iaitu sistoliknya tidak kurang daripada 40 mmHg dan tidak melebihi 90 mmHg. Sebaiknya kesemua pemerhatian ini dilakukan secara berterusan kerana ini akan mengurangkan anda memegang bayi dan kita boleh lihat haluannya. Masukkan semua maklumat ini ke dalam carta.  

(b)   Pastikan suhu badannya normal
Disebab risiko kesejukan, pastikan suhu badan bayi normal diantara 36.5 – 37.0C. Mereka perlu dijaga dalam incubator pada permulaannya. Anda boleh gunakan kaedah servo control ataupun manual control. Cara-cara lain untuk menentukan bayi tidak sejuk termasuk mengguna Perspex shield, mengguna plastik 'cling wrap' atau foil aluminium. Pastikan bayi tidak basah dan kepalanya ditutup dengan topi (bonnet).  

(c)    Pastikan pemakanannya
Mereka memerlukan pemakanan yang awal. Jika keadaannya tidak stabil terutamanya bayi pramatang, cecair intravena yang mengandungi dekstros perlu dimulakan. Bayi SGA selalu boleh hisap dan mereka boleh dibenarkan menyusu, sebaik-baiknya susu ibu. Jika tidak, berikan susu melalui tiub nasogastrik.  

(d)   Cegah daripada jangkitan infeksi
Anda mestilah prihatin terhadap tanda-tanda awal berlakunya jangkitan kuman. Apabila memegang pastikan tangan anda sudah dibasuh dan sentiasa guna kaedah-kaedah aseptik, Ramai daripada bayi-bayi ini terutamanya yang pramatang dimulakan dengan antibiotik kerana sistem ketahan mereka yang berkurangan dan disebabkan oleh risiko tinggi infeksi daripada kateter di pusat, infusi intravena, nutrisi parenteral dan tiub endotrakeal untuk membantu pernafasan.  

(e)   Jaga kebersihannya 
Kurangkan sentuhan bayi kepada yang minima kerana ini boleh mengakibatkan serangan hipoksia, sianosis dan apnea. Beri perhatian terutamanya kepada bahagian pusat, mata dan bahagian lampin apabila melakukan "top dan tail" 

(f)     Pastikan dia tidak kurang oksigen (hipoksik)
Jika perlu berikan oksigen melalui kotak kepala ataupun melalui alat ventilator. Pastikan oksigen itu dihangatkan dan dihumidikasi. Oksigen yang diberi mesti selalu dianalisa kandungannya disebabkan masalah kerosakan otak jika oksigen berkurangan dan kesan sampingannya jika berlebihan. Gas darah arteri (Arterial blood gas) perlu diambil dan dikawal pada tahap yang normal.  

(g)   Penjagaan bayi yang dibantu dengan alat ventilator
Bayi-bayi ini terutamanya yang pramatang seringkali memerlukan bantuan pernafasan dengan alat ventilator. Mereka memerlukan rawatan kejururawatan yang intensif diunit yang lengkap dengan alat serba canggih.  

(h)   Bantu untuk mengeratkan hubungan bayi dengan keluarga

Pastikan ibu dan bapa boleh mengunjung dan melihat bayi pada bila-bila masa. Berbual dengan ibubapanya dan berikan maklumat yang terkini mengenai perkembangan keadaan bayi. Cuba fahami kerunsingan ibubapa dan masalah sosio ekonomi yang mungkin ada. Fahami dan sampaikan kepada doktor-doktor kehendak keagamaan ibubapa seperti keinginan untuk azankan anak. Tanyakan nama bayi dan galakkan ibubapa untuk bercakap dengan bayi dan menyentuhnya dan bagi si ibu untuk melibatkan diri dalam penjagaan bayi. Galakkan ibu untuk memberi susu ibu.


Namun Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang istimewa kerana mereka terdapat organ mereka yang tidak matang untuk berhadapan dengan kehidupan dunia. Bahagian seperti sistem pencernaan, sistem pertahanan badan dan kulit juga belum matang sepenuhnya. Dengan kewujudan teknologi, banyak kes kelahiran pramatang dapat diselamatkan dan bayi ini dapat meneruskan kehidupan.

Justeru, ibu memainkan peranan penting membantu bayi bertambah berat badan bagi mengurangkan risiko lain kepada bayi. Untuk perkembangan optimal bayi pramatang, ciptakan suasana seperti di dalam rahim.





Kangaroo care

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menenagkan bayi pramatang adalah kangaroo care. Caranya adalah dengan meletakkan bayi didada ibu. Seeloknya sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan anak dapat memberikan keselesaan dan nyaman pada bayi. Ia sangat bagus untuk menyeimbangkan suhu badan bayi, meningkatkan berat badan dan mengatur ritma jantung dan pernafasan bayi. Mereka akan rasa selamat dan selesa.



Susukan bayi anda

Berjumpalah dengan doktor dan nyatakan hasrat anda untuk memberikan susu badan kepada bayi. Apabila terdapat kes ibu tidak dibenarkan untuk menyusui bayi yang pramatang (minggu 25-29), anda boleh perah susu dan berikan pada si comel anda. Ini kerana, pada peringkat awal, bayi akan diberi minum melalui tiub. Apabila sistem pencernaan mereka telah stabil, anda boleh menyusukan bayi secara terus (minggu 37-37). Berilah susu ibu kerana ia adalah pengikat kasih sayang antara ibu dan anak disamping meningkatkan sistem imun anak.



Posisi tidur
Ciptakan tempat tidur bayi daripada gulungan selimut tebal yang dibuat bentuk huruf U. Letakkan bayi dalam ‘sarang’ tersebut seperti posisinya di dalam rahim. Dalam kedudukan ini, bayi merasakan dia sentiasa dipeluk dan tidak akan terperanjat kerana terasa seperti hendak terjatuh.



*Pegang bayi 
Pegang bayi dengan kemas tanpa membuatnya tersentak. Ketika mengangkat bayi, pegang juga kedua lengannya, serapat yang boleh, selain menahan leher ataupun punggungnya. Boleh juga dukung bayi dalam keadaan berbedung.


*Pasangkan lampu yang malap 
*Pasangkan lampu yang malap ketika menyusukan bayi dan tidur. Tidur yang lama, koordinasi pernafasan dan menelan dengan baik susu yang dihisap menggalakkan kenaikan berat badan lebih tinggi. Bila cahaya terlalu terang, bayi akan menutup mata sehingga rangsangan penglihatan menjadi kurang baik.

*Tidak boleh penat
*Tidak boleh penat Jangan lakukan beberapa aktiviti berturut-turut. Misalnya menggantikan lampin, memakai baju dan menyusukannya, ini akan membuatkan bayi berasa kepenatan. Antara tanda bayi penat adalah hilang fokur mata, tangan seperti menolak, mengantuk, menguap berlebihan dan meragam.

Elak bunyi bising 
Elak bunyi bising  Jangan sesekali membuat bising seperti bercakap kuat di depan bayi atau menutup pintu bilik dengan kuat ketika bayi tidur. Bayi pramatang memerlukan tidur berkualiti untuk merangsang hormone pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang optima.

 Lakukan stimulasi  
Lakukan stimulasi  berupa sentuhan, suara dan penglihatan. Hangatkan tapak tangan anda ketika memegangn bayi. Letakkan jari telunjuk dalam genggamannya. Bayi suka suara ibu, jadi ajaklah dia berbual ketika menyusu atau sebelum bayi mengantuk. Ketika berbual dengan bayi, jarakkan wajah anda antara 20-30 cm di hadapannya.




Bila anak berada di NICU

Walaupun anak masih di NICU, anda tetap boleh berhubung dengan bayi anda. Lakukanlah beberapa perkara seperti:

1. Sentuhlah bayi anda sekerapnya. BUat urutan manja untuk menguatkan mereka
2. Bercakaplah dengan mereka. Bayi anda mampu untuk mengecam suara ibu dan bapanya, anda boleh menyanyi, berzikir atau membaca cerita kepada mereka.
3. Anda boleh menukar lampin si comel
4. Ikut serta semasa mandikan bayi
5. Mengukur suhu badan bayi.


Diharapkan perkongsian ilmu ini memberi manfaat dan rujukan kepada bakal ibu ayah yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi :)Terima kasih semua kerana sudi menjengah ke blog saya :)

1 ulasan: