Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni nak share tips cara pernafasan sewaktu bersalin.walaupun Puteri tidak sempat nak merasa cara pernafasan di dalam lobour room..Nak tahu kenapa?..Baby tak menyempat nak tengok dunia,,hehehe,,,Syukur sangat,,,ALLAH mudahkan saya melahirkan zafran...Sekali teran je Zafran dah keluar..Lahir tak cukup bulan,,,tapi Al-hamdulillah sihat...lahir dengan berat 2.37kg :)
Semoga Info ini boleh menjadi ilmu yang bermanfaat dan berguna.Saya banyak buat research sepanjang kehamilan.Yela excited & perlukan banyak info sebab anak pertama... :)
Untuk panduan mommy boleh la kalau nak try jugak..
- Masa mula-mula contraction datang
Tarik nafas dalam-dalam guna hidung..Pastu lepaskan panjang-panjang guna mulut
- Bila contraction makin kerap
Bernafas laju-laju guna mulut.Tarik nafas guna mulut,lepas pun guna mulut jugak..fuh fuh fuh fuh..cam gitu
- Bila rasa nak teran,tapi belum masa untuk teran (faham ker??)
Biasanya rasa nak teran tu automatik..Bila gesaan nak teran tu ada ofkos kita rasa nak teran.Tapi tak boleh sebab belum 10cm lagi..Huaaaa part ni memang sakit and scary kot..kalau teran jugak time ni confirm nurse akan marah.Selalunya nurse akan inform,"kalau rasa nak teran,panggil"then diorang akan datang check bukaan.Kalau dah complete 10cm boleh la teran.Kalau belum,bersabar je la..
So masa ni kena tarik nafas laju laju guna hidung 2x.Lepas nafas guna mulut sekali.Ulang banyak kali sampai hilang rasa nak teran..kira cam "sniff sniff fuhhh".."sniff sniff fuhhh"..
So masa ni kena tarik nafas laju laju guna hidung 2x.Lepas nafas guna mulut sekali.Ulang banyak kali sampai hilang rasa nak teran..kira cam "sniff sniff fuhhh".."sniff sniff fuhhh"..
- Dah sampai masa nak teran
Tarik nafas dalam-dalam guna mulut.Sebab udara lebih banyak masuk kalau kita tarik nafas guna mulut compare kalau tarik nafas guna hidung..Dan bila lepas tu push dengan sekali nafas. Kalau nafas dah habis,tarik nafas semula slowly.Sebab kalau tarik nafas kuat, takut tersedut balik baby yang dah nak keluar tu..
Position masa nak meneran ni biasanya nurse akan ajar..Tangan tarik lutut(pegang kat buku lali),badan naikkan dan teran perut..Jangan angkat bontot..Kalau suami ada sama dalam labour room,position suami pulak,sebelah tangan pegang bahu (pangku kepala)isteri untuk jadikan tempat menyandar,sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk elakkan isteri mengangkat bontot semasa meneran..
Position masa nak meneran ni biasanya nurse akan ajar..Tangan tarik lutut(pegang kat buku lali),badan naikkan dan teran perut..Jangan angkat bontot..Kalau suami ada sama dalam labour room,position suami pulak,sebelah tangan pegang bahu (pangku kepala)isteri untuk jadikan tempat menyandar,sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk elakkan isteri mengangkat bontot semasa meneran..
So ade 4 situasi berbeza semasa labour dan dihadapi dengan 4 cara pernafasan berbeza. Boleh start practice la masing-masing. Tapi bak kata puteri, pengalaman bersalin berbeza-beza.. moga dipermudahkan untuk kita semua. Amin.
Satu lagi yang Puteri nak share:
PETUA MENGHADAPI SAAT KELAHIRAN
1st time mommy boleh take noted la.. :)
PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION
(start dari pintu rahim terbuka 2cm)
- Mula bernafas cara 'Early labour breathing". 1st step
- Mula minum air selusuh.Sebelum minum,selawat 3x,baca Al-Fatihah dan berdoa "Ya Allah,izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan sempurna..Ampunkanlah segala dosa dan ringankan kesakitan ini"
- Kalau ada minyak selusuh,sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut,pangkal peha,peha dan pinggang.Kemudian selawat dan minum sesudu sambil berdoa.."Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan selicin minyak ini..Ampunkan la segala dosa dan ringankanlah kesakitan ini.."
- Jangan fokus pada sakit,ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia
- Sekiranya contraction makin kerap,mula bernafas cara "active stage breathing"..Sniff sniff fuhhhhh
- Banyakkan zikir doa Nabi Yunus dalam perut ikan Yu..."la ila hailla anta subhaa naka inni kuntuminalzolimin" dan banyakkan doa "Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhammad S.A.W ke dunia ini"
PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI (PROSES MENERAN UNTUK KELUARKAN BAYI)
- Jangan fokus pada sakit.Ingatkan yang kita tengah berusaha nak keluarkan seorang khalifah Allah ke dunia
- Jangan teran cepat sangat,biasanya gesaan akan datang dengan sendiri.Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm.Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran
- Posisi semasa nak melahirkan...Dalam keadaan berbaring,buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali.Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor/bidan menyambut kelahiran
- Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan-Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan tempat menyandar (isteri boleh bersandar dengan suami supaya terasa lebih selesa).Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)
- Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing) -Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut,dan teran sambil angkat badan.(bukan angkat punggung)..mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada..dengan satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat.teran tanpa mengeluarkan suara untuk memastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran,jangan lepaskan kesemuanya,terus tarik nafas semula,sebab dikhuatiri kalau lepaskan kesemuanya,bayi akan termasuk ke dalam semula atau tersekat..
Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza semasa melahirkan seorang manusia. Apapun kita hanya mampu merancang dan berdoa moga dipermudahkan proses kelahiran ini.
Dan yang penting kongsilah petua ini dengan suami atau birth partner, kerana semasa sedang sakit, segala ilmu, petua dan teknik yang telah dipelajari dan dikutip mungkin akan hilang dan terlupa dek kerana menahan sakit.
Oleh itu perlu adanya seseorang yang berada disamping kita semasa proses kelahiran tersebut untuk mengingatkan kita.
Mudah-mudahan dipermudahkanNya.
KLIK KESITIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI
Anda mempunyai kekangan bajet? Jangan risau, hubungi saya dan saya boleh berikan resolusinya. Anda masih boleh dapatkan Set ini dengan HARGA TERBAIK!!
Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE ataupun ingin COD area Pekan Sg.Besi
Cheras,HUKM,dan kawasan yang berdekatan boleh hubungi puteri untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Puteri akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan