Flapping Purple Butterfly),auto; color: #ffffff; border-radius: 5px; }

Penyusuan Menurut Pandangan Islam

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..Lama nya tak membloging...
Diharap semua pembaca dalam keadaan baik dan sihat walafiat...Dan semoga semua penduduk di kelantan tabah atas bencana banjir yang telah melanda..

Ok,,,hari ni puteri nak berkongsi tentang penyusuan susu ibu..
Mesti semua ibu-ibu mahukan yang terbaik unguk si manja anda bukan...



Penyusuan susu ibu menurut pandangan Islam

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula.
Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233
“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya”
– Surah Al-Baqarah, ayat 233
Dalam ayat yang sama juga (Surah Al-Baqarah, ayat 233), Allah berfirman, maksudnya:
“Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”
Untuk pengetahuan pembaca semua, ayat suci tersebut tidak memberi maksud penghadan tempoh maksimun bagi penyusuan anak, malah al-Quran menjelaskan tempoh yang paling paling sesuai dan ideal untuk kebaikan bayi.

Tafsiran sebegini dinyatakan oleh kumpulan ulama-ulama al-Azhar di dalam kitab tafsir ‘Tafsir al-Muntakhab fi Tafsir al-Quran al-Karim’ dalam mentafsirkan ayat 233 surah al-Baqarah:

وعلى الأمهات أن يقمن بإرضاع أولادهن مدة عامين تامين مراعاة لمصلحة الطفل
“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun yang lengkap untuk menjaga kemaslahatan bayi”.

Jelas sekali pentafsiran dari para ulama al-Azhar sama sekali tidak menyatakan bahawa ayat suci tersebut menghadkan tempoh penyusuan anak.

Tafsiran ini disokong oleh, al-Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ‘Tafsir al-Quran al-Karim’:

هذا إرشاد من الله تعالى للوالدات أن يرضعن أولادهن كمال الرضاعة ، وهي سنتان
‘Ini adalah petunjuk Allah SWT supaya para ibu menyusukan anak-anak mereka dengan penyusuan yang sempurna iaitu tempoh dua tahun’.

Pentafsiran Ibnu Kathir jelas tidak menzahirkan bahawa tempoh dua tahun bukanlah tempoh maksimum untuk penyusuan bayi, ia hanyalah tempoh yang paling ideal.

Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam al-Majmu'ah li al-Fatawa:

وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ "
‘Firman Allah itu (Dua tahun lengkap, bagi sesiapa yang ingin melengkapkan penyusuan) menunjukkan bahawa tempoh itu adalah penyusuan yang lengkap. Apa(susuan) yang lebih dari itu(dua tahun) merupakan sebahagian daripada makanan (untuk anak).’

Tafsir yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyyah RHM menguatkan lagi kedudukan tempoh 2 tahun bukanlah tempoh yang disangkakan iaitu tempoh maksimum, malah melalui fatwa beliau di atas menunjukkan penyusuan melebihi 2 tahun adalah dibenarkan oleh syarak.

Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoah 2 tahun. (Rujuk: Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah, keluaran 37, ms 329).

Apakah hukum menyusukan anak lebih dari dua tahun?

Menurut Imam al-Qurtubi di dalam karangan agungnya iaitu al-Jami’ li Ahkam al-Quran:

والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين
‘Penyusuan yang kurang dari dua tahun atau lebih bergantung kepada situasi yang tidak memudaratkan bayi dan bergantung kepada kerelaan kedua ibu bapa’.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitab Tuhfatul Maudud fi Ahkam al-Maulud:

ويجوز أن تستمر الأم في إرضاعه بعد الحولين إلى نصف الحول الثالث أو أكثره
‘Seseorang ibu boleh terus menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun kepada setengah daripada tahun ke tiga atau lebih dari itu.’

Menurut fatwa kerajaan Arab Saudi:

إذا علم أن الرضاعة حق للرضيع ومصلحته ، وأنه لا يجوز فطامه قبل السنتين إذا أضر به ، فإنه يجوز للأم أن تستمر على إرضاع ولدها بعد السنتين إذا كان لمصلحته ودفع الضرر عنه
‘Jika diketahui bahawa penyusuan ibu itu adalah hak bayi dan kebaikannya, maka tidak sepatutnya bayi disusukan kurang daripada dua tahun, dibolehkan seseorang ibu menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun jika ia mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan.’

Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaili seorang pakar fiqh perbandingan yang tersohor di dunia melakar pendapatnya di dalam ‘al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu’:

فإن استمر الرضاع بعد الحولين لضعف الطفل ، فلا مانع منه للحاجة
‘Jika penyusuan bayi berterusan lebih dari dua tahun disebabkan keadaan bayi yang lemah(kurang sihat), maka ia tidak menjadi halangan atas keperluan hajat’.

Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden, maka jelaslah bahawa hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak. Manakala ayat-ayat suci yang menyentuh tempoh penyusuan iaitu dua tahun, bukanlah bermakna tempoh maksimun seseorang ibu menyusukan anaknya, malah ia memberi maksud tempoh yang ideal untuk kebaikan si anak.

Wallahu A'lam."
Terima kasih atas kupasan ini dan moga dapat dijadikan panduan dan kelegaan buat ibu-ibu yang mempunyai keperluan seperti yang dinyatakan.
Semoga semangat mendalami ilmu penyusuan ibu akan dapat dipertingkatkan baik dari segi saintifik mahupun dari sudut syariahnya.

Maka jelaslah agama Islam amat menggalakkan penyusuan susu ibu :
Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
kebaikan-susu-ibu
Bagi penyempurnaan susu ibu, ia memerlukan ILMU. Jika cukup ilmu dan teknik yang betul, usaha yang gigih, InsyaAllah ibu pasti berjaya menyusukan bayi.
Tapi kalau tak mahu menyusukan sebab nak JAGA KECANTIKAN atau MALAS dengan hal-hal susu ibu yang leceh, agak-agak kita ikut tak suruhan Allah dalam ayat Al-Quran tu?
Melainkan si ibu menghadapi komplikasi kesihatan atau halangan yang betul-betul tak dapat dielakkan, barulah pergi kepada alternative IBU SUSUAN pula.
Ini satu lagi ayat Al-Quran yang berkaitan ibu susuan:-
“Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”
- Surah At-Thalaq, Ayat 6
Jadi susu ibu tetap sepatutnya menjadi makanan utama bayi, bukannya susu formula atau makanan lain buatan manusia.
Yakinlah, jika Allah dah perintahkan sesuatu, pasti dan pasti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak berikan kepada kita. Tugas kita berusaha yang terbaik untuk mentaati perintah Allah itu.
Semoga entry kali ini dapat MEMBUKA HATI dan MINDA kita semua tentang kepentingan susu ibu seperti yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran.

Bagi saya pengalaman pertama menyusukan anak adalah saat-saat terindah saya sebagai seorang mama. Pertama kali menyusukan Zafran selepas bersalin, saat matanya memandang saya, memang menitis air mata. Ketika itu jugalah baru saya sedar dan faham betapa kasihnya mak saya kepada saya kerana akhirnya saya sendiri dapat merasakan kasih sayang antara mama dan anak. Perasaan kasih dan sayang itu akan sentiasa terbit setiap kali saya menyusukan baby.
Saya yakin semua ibu-ibu di luar sana juga akan akui antara saat-saat terindah buat seorang ibu adalah waktu kali pertama menyusukan anak kan. Terbit kasih sayang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Betul tak mommies?





KLIK KESITIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI

Anda mempunyai kekangan bajet? Jangan risau, hubungi saya dan saya boleh berikan resolusinya. Anda masih boleh dapatkan Set ini dengan HARGA TERBAIK!!



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE ataupun ingin COD area Pekan Sg.Besi
Cheras,HUKM,dan kawasan yang berdekatan boleh hubungi puteri untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Puteri akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia 



Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan