Flapping Purple Butterfly),auto; color: #ffffff; border-radius: 5px; }

Tip Untuk Suami Isteri Yang Tinggal Berjauhan




Assalamualaikum dearies..hari ni saya nak berkongsi sedikit la tips untuk pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan :) Tips ni untuk pasangan yang berjauhan kerana tugas atau sedang melakukan pengajian jarak jauh..Saya juga mempunyai pengalaman hidup berjauhan,walaupun hanya beberapa bulan.Atas kerana tugasan suami.Di situ lah kita belajar sesuatu untuk menghargai, mencintai dan mempercayai pasangan kita :)

Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan kerana tugas dan tanggungjawab selalunya melupakan peristiwa2 penting atau saat2 yang istimewa. Berjauhan kerana tuntutan pekerjaan atau pendidikan bukan bermakna anda tidak boleh berbuat apa2. Kata orang 'Jauh di mata dekat di hati'. Inilah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan percintaan jarak jauh(PJJ).Menjaga sebuah rumah tangga memerlukan usaha yang berterusan lebih2 lagi bila pasangan itu terpaksa berjauhan.
Kesunyian dan kesepian pasti akan menyelubungi diri anda.Namun ada banyak cara untuk menghadirkan diri pasangan anda dalam kehidupan seharian anda contohnya,melihat dan membuka album ataupun Facebook.Di sini saya berikan beberapa tip supaya hubungan suami isteri berjalan seperti biasa:

a-BERI SOKONGAN

Ketika bekerja di tempat yang jauh tentulah suami dan isteri akan berasa sedih dan pilu.Untuk berjaya dan bahagia pasangan suami isteri perlu berkorban.Berilah sokongan dan semangat antara satu sama lain demi masa depan keluarga anda sendiri.

b-SALING PERCAYA MEMPERCAYAI

Ini merupakan satu kewajipan yang amat penting dalam memelihara hubungan jarak jauh. Percayalah pada diri anda sendiri bahawa anda boleh mengatasi masalah keluarga sendirian dan percayalah bahawa pasangan anda tetap menjaga dirinya.Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur.Mungkin ketakutan muncul apabila anda memikirkan pasangan akan berlaku curang di sana.Berfikirlah secara positif bahawa pasangan anda pun mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama.Kalau anda sentiasa berfikiran negatif dan buruk sangka,ini akan merugikan diri sendiri dan menjadikan anda tertekan.

c-CARI KESIBUKAN

Pasangan yang berjauhan sudah pasti akan berasa sepi.Untuk mengatasi rasa kesepian ini carilah kesibukan dengan melakukan aktiviti2 seperti pergi kuliah agama atau aktiviti persatuan dan gotong-royong.

d-TETAP BERHUBUNG
Meskipun anda berjauhan,anda perlu bijak membahagikan waktu dan masa untuk berkomunikasi dan berhubung seperti telefon,e-mel,SMS dan sebagainya.Janganlah anda menghubungi pasangan terlalu kerap tentu sahaja dia berasa terganggu dan berasa tidak dipercayai.Oleh itu batasilah hubungan anda agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik(guna blog pun boleh,kan he3).

e-LIBATKAN ANAK-ANAK

Agar hubungan tetap terpelihara libatkan anak anda dalam berkomunikasi kerana anak adalah satu faktor pengikat suatu hubungan.Ini juga dapat mengingatkan pasangan bahawa dia mempunyai keluarga yang memerlukannya.Misalnya,ketika menelefon,beri peluang si anak kecil untuk berbual dan mendengar suara ibu/ayahnya(kite dah pratik masa hubby duduk jauh dulu,memang berkesan!).

f-BUAT LAWATAN

Jangan lupa untuk merancang melawat pasangan anda.Tidak semestinya dia yang perlu pulang selalu.Sekali-sekala anda juga perlu melawatnya di sana.



g-SALING DOA MENDOAKAN

Jangan lupa untuk mendoakan pasangan anda selepas solat 5 waktu kerana Allah yang menentukan segala-galanya(Doa memang amat penting.Makin korang menjauhkan diir daripada Allah lagi banyak dugaan perhubungan yang Allah uji,percayalah!Bagaimana Allah hendak ingatkan hambaNya kalau hambaNya sendiri tidak mengingatiNya).


Doa Pengikat Kasih Sayang yang baik diamalkan ialah:

“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan