Apakah yang dimaksudkan dengan Sindrom Bayi Tergoncang?
Sindrom Bayi Tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangkapanjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh membunuh bayi tersebut.
Apakah peringkat umur bayi yang paling berisiko?
Bayi berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayitergoncang, walaubagaimanapun, terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun.
Bagaimanakah ianya boleh berlaku?
Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan dan tidak berupaya untukmenyokong kepala bayi yang agak besar dimana beratnya adalah 25% ( satu per empat) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh. Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak.
Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan perdarahan. Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakanhentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atas tilam)
Kenapa bayi digoncang?
Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:
1.Apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yangmenjaga anak/bayi tersebut berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat.
2.Penjaga bayi/kanak-kanak hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganasakibat pengaruh dadah/alkohol/masalah kewangan
Kenapa ianya merbahaya?
Satu dari tiga bayi yang menderita sindrom bayi tergoncang akan berakhir dengan kematian, yang lainnya akan mengalami kecacatan kekal kesan dari kecederaan otak yang dialami. Perdarahan di dalam organ mata pula boleh menyebabkan kebutaan.
Apakah gejala dan tanda-tanda Sindrom Bayi Tergoncang?
Tanda-tanda awal:
1.Bayi mudah meradang (irritable)
2.Sawan
3.Kaki dan tangan mengalami kekejangan
4.Bayi tidak bermaya dan kurang bertindakbalas
5.Tahap kesedaran bayi menurun
6.Muntah dan tidak mahu makan
7.Perdarahan yang teruk boleh menyebabkan; kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung
Tanda-tanda lewat akibat dari kesan jangkapanjang kerosakan otak:
1.Masalah pembelajan
2.Kurang upaya anggota
3.Masalah penglihatan atau buta
4.Masalah pendengaran
5.Terencat akal (Cereberal Palsy)
6.Masalah tingkahlaku
7.Sawan berterusan
8.Kematian.
Bagaimana mencegahnya?
Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa. Setiap penjaga bayi harus bersabar dantenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Dapatkan rehat yang cukup, amalkanmakanan seimbang agar sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan belajarlahcara-cara menangani stress dengan bijak.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghentikan tangisan bayi:
1.Memastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan yang selesa (lampintidak basah)
2.Memastikan bayi tidak sakit ( demam, bengkak gusi atau kembung perut)
3.Menghayun bayi secara perlahan atau berjalan perlahan2 sambil mendokongbayi.
4.Menyanyi atau bercakap perlahan2 dengan bayi
5.Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatianbayi
6.Membawa bayi berjalan2 di dalam kerusi tolak
7.Meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi berjalan2 di dalam kereta
8.Mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan2
9.Elak membuai bayi dalam keadaan marah kerana ianya mungkin menyebabkan anda terdorong membuai bayi dengan kasar dan kuat.
10.Sekiranya anda keletihan, minta bantuan seseorang menjaga bayi anda sementara anda berehat seketika
11.Sekiranya tiada satu pun tindakan di atas berjaya dan anda merasa diri anda tertekan, tinggalkan bayi di dalam katil bayi (crib),tenangkan diri anda danperiksa semula bayi selepas 5 min.
12.Dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda masih tidak berhenti menangis
MENGGONCANG BAYI ADALAH PERBUATAN YANG SALAH!
MENGGONCANG BOLEH MEMBUNUH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan