Definisi Asid Folik
Asid folik adalah sejenis Vitamin B yang terkandung dalam makanan harian kita. Asid folik atau nama lainnya Folate adalah bahan yang sangat penting dalam tubuh badan kita yang mana ia membantu dalam proses perkembangan sel-sel tubuh badan seperti rambut, kulit dan kuku.
Kelebihan Folate dan Mengapakah Ia Diperlukan?
Bukan hanya membantu dalam pertumbuhan sel kulit, kuku dan rambut, malah juga sel darah merah dan darah putih. Jadi, pengambilan folate ini amat disarankan bagi menjamin pertumbuhan sel-sel baru dalam tubuh mama yang hamil serta menyokong kadar tumbesaran si comel di dalam rahim. Tambahan lagi, ianya juga dapat merangsang kesuburan wanita atau orang selalu cakap ‘mudah lekat’.
Selain itu, pengambilan suplemen ini juga dapat mengelakkan janin mama mengalami kecacatan kongenital otak atau tulang belakang. Kekurangan bahan ini sering dikaitkan dengan kecacatan saraf dan otak bayi di mana kemungkinan besar si manja yang bakal dilahirkan mengalami kecacatan seperti saiz kepala yang kecil atau cacat tiub neural iaitu cacat saluran otak.
Tambahan lagi, pelbagai penyakit lain lagi yang dapat dielakkan dengan pengambilan folate yang mencukupi. Antaranya adalah autisme bagi bayi, masalah gusi dan sopak. Ianya juga luas digunakan dalam mengubati radang sendi dan bibir merekah serta kemurungan.
Di samping itu, Vitamin B ini juga bermanfaat kepada golongan lelaki tau. Bagaimana?
Selain membantu dalam meningkatkan tahap kesuburan, zat ini juga mengelakkan para lelaki daripada diserang penyakit jantung, masalah pencernaan dan juga penyakit yang melibatkan otot kardiovaskular seperti strok.
Makanan yang mengandungi Asid Folik
Kalau mama semua nak tahu, Folate boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan, sama ada semula jadi ataupun makanan yang diproses. Antara makanan semula jadi yang mengandungi bahan ini adalah:
- Pisang
- Tembikai
- Cendawan
- Bayam
- Asparagus
- Brokoli
- Ragi
- Okra atau Lady Fingers
- Kekacang terutama sekali kacang kering atau kacang polong
- Sayuran berdaun hijau gelap
- Daging
Manakala bagi makanan yang diproses pula, mama boleh dapati kandungan Folate dalam makanan seperti berikut:
- Nasi
- Roti yang diperkaya
- Bijirin
- Pasta
- Tepung
- Produk-produk bijirin lain seperti Kellogg’s
Untuk pengetahuan ibu juga, terdapat banyak produk khas kehamilan yang mengandungi bahan ini yang di jual di pasaran termasuklah susu untuk ibu hamil. Namun harus diingatkan kepada mama yang tengah hamil, elakkan mengambil folate secara berlebihan kerana tiada faedah tambahan pun. Ambil bila perlu sahaja, ikut kuantiti yang disarankan oleh pakar kesihatan.
Sukatan dan dos yang disarankan
Sukatan pengambilan Asid Folik bergantung kepada keperluan seseorang. Bagi ibu yang bakal mengandung atau yang berada dalam fasa awal kehamilan, dos yang diperlukan adalah 400mcg sehari. Manakala bagi ibu yang mempunyai masalah kesihatan, mungkin doktor akan menyarankan dos yang lebih tinggi.
Waktu pengambilan suplemen ini taklah begitu ketat kerana ibu boleh mengambilnya sama ada sebelum atau selepas makan. Namun jika ibu terlupa, ambil je sejurus lepas ibu ingat. Tidak tak perlu menambah dos Asid Folik yang Ibu terlupa semalam, hanya ambil dengan sukatan harian saja.
Apakah simptom Asid Folik dalam badan?
Antara gejala normal yang dihadapi oleh wanita dan orang dewasa yang kekurangan asid folik dalam badan ialah:
- Cirit birit
- Pertumbuhan uban
- Ulser mulut dan perut
- Tumbesaran yang terencat
- Lidah membengkak
- Lemah daya ingatan dan kognitif
- Emosi tak stabil dan mudah marah
- Hilang selera makan
- Berat badan yang berkurangan
Selain gejala di atas, kekurangan bahan ini juga membawa kepada penyakit-penyakit berikut:
- Kekurangan darah merah atau anaemia
- Kemurungan
- Penyakit nyanyuk atau Alzheimer’s
- Berhadapan masalah alergi
- Berisiko tulang mereput
Ha, semua dah tahu kan apakah asid folik ini dan kebaikannya. Banyak faedah dan manfaat sekiranya kita mengambil zat ini dengan sukatan yang betul. Semoga posting kali ini dapat membuka minda ibu semua dengan ilmu baru seperti ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan