Namun, kebanyakan wanita tidak memiliki bekalan zat besi secukupnya sejak dari awal kehamilan lagi. Jadi, badan ibu tidak dapat membekalkan zat besi secukupnya buat ibu dan kandungan terutama apabila memasuki Fasa 2 dan Fasa 3 kehamilan. Apabila sampai di satu tahap di mana badan ibu tidak mempunyai bekalan zat besi lagi, penghasilan hemoglobin akan terhenti dan ibu akan mendapat anemia.
Risiko ibu untuk mendapat anemia juga meningkat jika ibu mengalami:
‘Morning sickness’ yang teruk
Hamil kembar atau lebih
Mengambil diet yang kurang zat besi
Walaupun seringkali berpunca dari kekurangan zat besi, anemia semasa hamil boleh juga disebabkan oleh:
Kekurangan asid folik (Vitamin B12)
Sesetengah penyakit seperti Sickle Cell
Ibu hamil yang mengalami anemia sering merasa:
- Letih
- Lemah
- Pening
- Pucat
- Jantung berdegup laju
- Semput atau nafas pendek
- Sakit kepala
- Sukar fokus
Adakah anemia semasa hamil mempengaruhi bayi? Lazimnya, bayi akan tetap mendapat keperluan zat besinya terlebih dahulu dari ibu.
Namun, anemia semasa hamil boleh membawa kepada:
Bayi lahir tidak cukup bulan
Bayi lahir kurang berat
Bayi lahir mati (‘stillbirth’)
Mempengaruhi kesihatan ibu hamil
Tumpah darah semasa bersalin
Peningkatan risiko meroyan (postpartum depression)
Mempengaruhi simpanan zat besi bayi di peringkat awal kelahiran
Bayi berisiko tinggi untuk menghidap anemia.
Jadi anemia semasa hamil mestilah dipandang serius oleh ibu kerana risiko yag datang bersamanya adalah besar.
Amalkan diet yang seimbang dan kaya dengan zat besi seperti mengambil:
- Daging merah
- Kacang
- Tofu
- Kismis
- Sayuran hijau
- Kerang
Ibu hamil juga dinasihatkan untuk mengambil prenatal vitamin agar badan ibu menerima zat besi dan vitamin penting lain secukupnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan